Jan 21, 2010

Wrong Number!

Aku tak tau laa sebab aku dah pakai nombor aku lama sangat ke...ataupun nombor aku ni senang untuk ditekan. Tapi aku selalu menjadi mangsa wrong number. Kalau dulu ada pompuan simpanan middle-age mana tah yang meroyan mencari boyfriend dia bernama En. Sabri...kali ni nombor aku mewakili lelaki muda bernama Hazwan...

Hari Ahad aritu, aku teringgal phone kat rumah masa teman suami pegi diving kat Pusat Akuatik Shah Alam (sian suami..gian nak diving..swimming pool pun layan..) Dan seperti biasala..bila tertinggal phone..time tu la ramai manusia nak call. Bila aku bawak..haram tak berbunyi. So bila aku balik rumah, aku check phone..tgk miss call dari Bonda tercinta 2 kali dan nombor aku tatau 6 kali, plus 3 sms - 2 sms iklan bodoh annoying dan 1 sms dari nombor yang tak diketahui tu..

Ayat sms nombor tak tau tu..

"Mekom"

Baca je sms..aku dah tau dah..ni mesti org yang tak rapat ngan aku atau orang yang aku tak kenal. Sms sangatlah not my style! Selalunya aku tak layan tapi sebab aku terpikir..mungkin ni bebudak sekolah rendah aku dulu kot sbb aku baru-baru ni aku ada create group sekolah rendah aku kat Facebook. Mungkin nak contact pasal reunion ke hape ke...so aku balas laa..

"W'salam. Sape ni?"

Dia balas.."Ni farah alia"

Gile babi dah pecah kepala aku pikir sape budak nama farah alia yang aku kenal...Takde...So CONFIRM ni salah nombor. Makanya aku malas nak layan.

TAPI....budak ni start miss call aku....4 kali!!!! Kali ke-5 aku sempat angkat tapi dia terus letak. Memang CONFIRM la salah nombor..sebab setahu aku..org2 dah berumur cam aku ni dah tak main dah miss call-miss call...zaman2 belajar kat uni dulu ade la. Japgi dia sms aku lagi..

"Mekom...Hazwan ada?"

Pulak dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Dalam hati aku ..kesian budak ni. Mesti stok jumpe 'Hazwan' ni kat club/mamak/tpt lepak budak muda sekarang tah mana-mana semalam..dapat nombor tapi dia tak di layan. Kata the night before was a Saturday. Sigh...so..sebab kesian..aku balas..

"Sorry..salah nombor"

Tapi dia balas pulak.."Ni sapa?"

Nak je aku malas..ni nombor telepon mak buyung yang dah naik angin sebab kau dok miss call aku, BODOH!

Tapi aku tak sampai hati..plus aku rasa mesti banyak soklan dia lagi pastu. Membazir duit aku je..maka aku biarkan saja Farah Alia keciwa dengan Hazwan sebab bagi dia nombor salah...

Sekian..

*adakah ini petunjuk untuk aku tukar nombor aku..sekaligus tukar telepon menjadi blackberry???hahahah!*

7 comments:

  1. aku rasa minah ni one night stand pastu hazwan bagi no ko..which dia tembak2 je ah...

    ko boleh cakap hazwan pakai no phone aku sekarang.

    tapi mintak dia hantar mms muka dia dulu.

    ReplyDelete
  2. atau kau nak aku kasi no. farah alia kat kau je terus?pastu ko msg..

    "mekom farah..ni hazwan..."

    tgk dia balas apa?

    ReplyDelete
  3. BB bebeh. hehehehe.

    ReplyDelete
  4. sha.. betul.. zaman2 miss call ni semua dah berlalu.. hahah aku cam angguk2 je menyetujui ayat ko tu

    lain kali budak tu call lagi ko basuh je dia. aku rasa ni budak baru nak naik ni. hehe

    ReplyDelete
  5. anies..proses timbang tara belum selesai.....

    azie..tu la pasal kannnnnn!!!kesian minah ni..desperado. mesti dia rugi sbb sms aku banyak kali pastu aku angkat miss call dia.dlm kepala dia mesti si hazwan ni tak angkat sbb takde credit..pastu bajet hazwan cari phone booth utk call dia balik!hahahaha!!

    sigh...the things we do bile muda dan sengkek....

    ReplyDelete
  6. kalau budak belasan tahun dia sms camni:

    ak tak tawuuu ittewww atau

    Ak TaK TawOO ItteWWWW..KatNEW tueWWW.

    aku tak reti la.

    ReplyDelete
  7. hahahah!

    AKU SANGAT SETUJU!!!!!! kenape bebudak zaman sekarang malas nak mampus type sms elok2??lagi horror kalau blog pun mcm tu..

    contoh..

    minx = mintak..

    aku ingatkan ko mintak kot bulu binatang! minx coat!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...