Dec 30, 2008

Tag oleh En. Buih


En. Buih telah tag aku. Sebab dia belum balas komen yang aku tinggalkan kat blog dia, maka aku assume dia tag aku sbb dia bising aku dah jarang update blog aku. Mungkin ini cara dia nak motivate aku update blog. *Peah..tangan aku still sampai keyboard ok!*
Ayuh..kita teruskan dgn tag ini..*byk lagi keje nak buat tapi layan sudah!*

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu

i. Dah kenal agak lama..dah nak masuk 10 tahun aku kenal kau Peah..since aku kat Asasi..
ii. Dahulu kala dia merupakan teman hora-horey. Gerakan besar-besaran selalu dijalankan bersama-sama dengan bebudak Subang yang lain. Merata kami pergi..melihat bapuk di Jalan Haji Taib, mencari hantu di Kenny Hills, melepak di Naili's Sentul, bergaduh di 14 PJ, main futsal (walaupun aku hanya berfungsi sebagai cheerleader), Planet Hollywood celebrate bday sapetah, HRC celebrate Bday aku!(time tu zaman miskin..tah mcm mane bleh celebrate tempat mahal..) but most of the time melepak merata di Subang Jaya.
iii. Peah..you took me out to Lake Club and HRC once. I requested lagu 'Creep-Radiohead' for you kat HRC..but you have forgotten..penat aku berlaku sweet utk kau..tapi kau lupa. :(
iv. Sangat BEST untuk di hug..
v. Dulu dia iras Winnie the Pooh..sekarang dah upgrade jadi Po..tapi azamnya tahun depan hendak SEHEBAT Po pulak...kesimpulannya dia SANGAT comel.

Gambar dicuri dari blog En. Buih



vi. Budak Subang yang belajar kat Koleq

vii. Teman blog dan chatting aku yang regular sekarang since dah jarang lepak di 15 seperti dulu.

viii. Suaranya lunak..gaya2 penyanyi Creed+Pearl Jam..aku ada sampel lagunya dalam playlist aku tapi tak reti nak attach kat sini.

ix. Suka bermain futsal bersama rakan2 Subangnya yang lain.

x. He's a great friend and was there in some very trying moments of my life. Always able to make me smile and laugh. Ai laf yuh Peah! *hugs*


2. Tuliskan novel kegemaran kamu
Belasah je pape novel yang aku rasa best nak baca. Suke baca novel yang ala-ala diari..biasa la..penyebok!heheh! But lately ni banyak suke buku2 from Paulo Coelho and Mitch Albom.

3. Listkan 5 bende yang kamu sayang
susah ni..aku tak banyak harta.. since orang bukan bende tapi aku cuba..
a) Jam kahwin aku
b) Cincin kahwin aku
c) Henpon shake shake aku tu..
d) Kasut Crocs aku yang tak lama lagi akan di condemn Peah coz it's SO 2008! dem yuh peah!
e) Blog ini.

4. Who I want to tag
Anies, Sapik dan Hajime!

Dec 29, 2008

Awal Muharram..

Aku tau aku loser sebab selalu bekerja pada hari Sabtu..tapi ini adalah BAPAK segala LOSER..I'm working on AWAL MUHARRAM! Siap accept customer dtg audit today lagi..

Pepagi dah kene bambu ngan boss apsal accept audit on a Public Holiday..Dah ko suruh aku keje on Public Holiday..aku buat la keje seperti aku tidak Public Holiday!..aku hangin..

Tapi bestnya dtg keje arini...takde jem. Kalo hari2 pegi keje macam harini..saya boleh gembira.

*sebenarnya sangat keciwa..at least hari Sabtu aku keje Half-day..ni FULL-DAY ok...sob..sob..*

Pastu..I am in my 24th week this week. Had a scare over the weekend. But it turned out to be just an infection. But still a scare..Anak aku terlampau active..berpusing sana-sini..bila di scan dia tendang scanner..gangster..mcm bapak dia..*mak dia samseng-tak-jadi je ok..*

But kaki dan tangan sudah mula membengkak. Water retention. Sakit dan berbisa bila cuba digerakkan. Tak boleh berdiri lama2 sbb kaki kan bengkak dgn lebih teruk. Sabar Sasha..Sabar..pejam celik dia dah nak keluar dah ni..Orang cakap tak lama lagi..satu badan termasuk muka2 sekali akan membengkak..sigh..Sapa cakap pregnant woman cantik..buta agaknya..

Saya confirm kelihatan seperti mak buyung. Jalan pun dah macam itik *Shafik! Don't start quacking ok!* Kalau sebelum mengandung pun kurang suka bergambar..inikan pula dalam keadaan yang sebegini...kalo aku amik pun aku simpan utk ugut anak aku cakap "Look how ugly you made me.."hehe..mungkin tidak juga...depends on how well-behaved my child willbe.

Shit..this Saturday pun aku kene keje???WTF...

Demla..kalo camni..azam tahun baru aku is to find a job that has a 5-working day policy or less and SEMUA public holiday yang terbabit adalah as what it is..a PUBLIC HOLIDAY!

*jadi housewife je laa..hari2 bekerja tetapi seperti bercuti..*

Dec 26, 2008

Whose Line Is It Anyway - Irish Drinking Song - Wrong Name

If you're a fan of this show, you'd prolly know how the show goes. This clip made me laugh til I cried..Muka Ryan cam celaka je tak bersalah! haha..Enjoy!



*aktiviti di Starbucks Alamanda sementara menunggu suami abis main beskal dgn rakan2 nya..*

Article Yang Menyebabkan..

hahahah..I dunno what to say about this..it speaks for itself..


*update pantas sbb bosan and dah lama tak update blog..kenapa saya bekerja pada hari ini dan esok?sbb saya loser tak amik cuti....*

Dec 23, 2008

Paranoid Suami..

Suami doesn't read my blog. To him Facebook makes more sense like his MobWars (his current fix..dulu Fighters Club) But I made him read the post I wrote about En. Sabri. He thought it was funny. But he also became very paranoid..

Now anytime he says something funny or does something silly/embarassing (which is often..:P) after he's had his dose of 'manja' from me..he will always say "Baby please jangan tulis pasal benda ni dalam blog you.." hehehe..tau cuak!hehehe!

Never knew blogging could give me such power....mwahahahahah!*gelak evil*

But I won't misuse my power. Will only reserve it for stories I feel I want to share with you people..Or when I think he has misbehaved..hehe...I love you baby!:P

*dia tak tau my blog traffic bukan la gempak pun...kenape nak takut..tu la..sape suruh tak baca blog bini! :P*

Dec 18, 2008

Only for My Puan S

My dear Sophie,

I know it was very traumatizing for you as per what happened to you on Monday and I feel partially at fault since it was my idea for us to get-together in Bangsar that day.

But my dear, I'm glad that you're ok. Please remember that's what's most important. It will take some time for you to get back on your feet but please my dear..don't let it take over yourself ok? I've been through the same scenario and I admit memula paranoid jugak nak jalan sorang-sorang. But take your time and try slowly. It will all be okay..insya-allah..

And remember that every cloud has a silver lining..perhaps it's a blessing in disguise. Maybe none of us can see why did this happened to you and there is no way anything good would come out of it..but insya allah..ada la tu nanti.

You take care ok and remember that all of us are here for you anytime you need us. You know where to find us.

Love you!
Sasha

*Sophie got snatched in Lucky Garden last Monday. Her full story at Ida's blog (click here). She's ok but kinda shaken by the whole experience. I hope she feels better soon. To everyone else, please be careful with your belongings especially if you're travelling alone. It's desperate times now..ppl do desperate things and sad to say any of us could be the victim. Always..ALWAYS remember that your life is more important than your bag or belongings ok? Be careful everyone!*
*teringat my own experience..I am VERY glad I'm still alive...*

Dec 15, 2008

What Kids Today Are Missing Out..

Was reading Elsa's blog about how kids nowadays are spoilt..but mainly because of the parents for giving in to the kid's whims and demands..I have to agree with Elsa. When we were kids..generally we didn't have it easy.

Was hanging out with a couple of friends yesterday and reminiscing time kecik2 dulu. The games we used to play..Selipar 3, Police & Thief (Police & Thief..1,2 jaga..Polis mati pencuri jaga!) Teng-teng, Kad tepuk, Bola chap..sigh..it was sooo much fun! And it kinda made us all wonder how did we manage to coordinate soo many people without handphones..

"Wey..esok kita kumpul kol 5..Sape lambat jadi polis!"

Time tu takde sape nak jadi polis..sbb tak bole nak ngelak..menjadi org yang kene kejar orang..gile tak best..pastu bile dah nak tangkap je Pencuri..ngam2 dia cakap "Chup twit!" Pastu selamber dia gi safekan member2 dia yang aku dah kurung dalam bulatan yang di lukis kat atas tanah...Penat tau!

Kalau main selipar 3..pakai selipar Bata yang kaler Biru tu. Pastu utk piramid pakai selipar Tat Sing sbb keras. Kalo selipar Tat Sing dipakai untuk lempar kat orang..nescaya mencari nahas!

"Wey! Jangan baling atas pinggang! Lagi tinggi dari pinggang tak kira mati!!" pastu lari bertempiaran...

Tu permainan co-ed..kalo perempuan bersama perempuan..kami suka main Zero Point..Jaguh lompat tinggi kami semua time tu ok..tapi benci bile budak laki datang kaco sbb nak curi getah kitorg utk diorg main permainan getah mereka *ada sedikit unsur judi di situ!haha!*

Tapi yang aku paling ingat..main Kad Tepuk dgn abang aku...selalu kene tipu..sbb saya tak pandai tepuk satu tangan..kesian tangan gebu ni merah2 tepuk lantai tapi kad tak terbalik jugak. Abang siap kasi can.."Takpe dik..ko tepuk pakai 2 tangan..aku kasi can..aku tepuk satu tangan je ok" Cis! Dia berani aaa cakap cemtu...hustler!Tiga suku collection kad tepuk dia berasal dari duit poket aku beli kad tepuk dari mamak jual roti petang2..sbb aku selalu kalah..tapi duit aku banyak..Pandai abang aku manipulate aku...

Bebudak arini..main PSP, PS2, PS3 dan segala jenis video game..langsung tak explore keindahan dunia..dan sangat teruk dalam time management...

Anak aku nanti camne? Aku nak jugak dia rasa apa yang aku rasa..tapi ade geng ke dia nak main game2 yang aku dok main masa aku kecik2 dulu? Silap2 haribulan..geng2 dia sume kengkawan aku yang tak sedar diri dah tua tapi perangai cam budak kecik...

Aku dah boleh bayangkan..leader of the pack main galah panjang...suami ku yang tercinta....

*Best kan dolu-dolu?Meriah je lari sana sini...sigh..*

Dec 13, 2008

Kerja Di Hari Sabtu

Entahla nak cakap apa. Aku rasa kompeni aku ni buat rugi duit je suruh aku keje ari Sabtu. Bukan buat keje pun. Mengulat!

Dari pagi aku dok melayan Pet Society kat fesbuk. Komputer ofis laju! Jadi aku telah berjaya memenangi beberapa race di Pet Society!hahaha! *ni salah Puan S la menyebabkan aku terjebak dengan gejala Pet Society ni!*

Nak blog..arini takde ilham. Cuma tengah malam semalam adalah 'segelintir' member aku yang terasa dgn post aku sebelum ni lalu gi call aku ajak pi minum kopi.
AKU KEJE AA ARI SABTU! jadi tido awal! mcm sengaja je nak rub it in..sedih aku!:P

Sebenarnya tido awal sbb dah bosan. Tak tau nak buat apa. tgk TV..dah boring. Nak tgk DVD, takde mood..nak main Pet Society..laptop aku lembab macam anak haram..jadi tido la.

Arini kat ofis pun bosan. Gosip menarik ada..tapi sumber tersekat! Jauh tau sumber aku! Nuuuun di the downunder land!haha! Ko mmg terer aaa beeps..dah duduk kat benua lain pun ko masih boleh keep track gosip berlaku di Kuala Lumpur. Aku yang di Kuala Lumpur ni pun hampas...Tapi mmg dari dulu lagi aku bukan sumber gosip yang bagus. Tapi sebab aku dikelilingi oleh BANYAK 'wartawan CNN' jadi aku pun in-the-know la jugak. heheh!

Tapi bab2 gosip ni..maaf..saya tak publish di blog. Gosip adalah bahan untuk YM dan sumber sembang bersama rakan2 yang rapat. Personal maaaa....

Beeps ajak aku ke Sydney buat sesi 'hancur baldi'..aler beb..kalo Sydney tu mcm balik Kuantan..dah lama dah aku sampai. Aku takde mood 'hancur baldi' lagi..tapi mood sampingan seperti 'imbasan masa lampau berkenaan aksi2 terlampau' ade jugak!hahahaha! Sambil ber'naga' kan? ish..rindula kau!

Dah kawin ni, aktiviti kurang variety. Atau mungkin dah been-there-done-that. Nothing seems to strike my interest sangat. Or maybe my baby is making me a bit anti-social. I am SO lazy to go out at night except to go find dinner. I dunno..hibernating pun dah agak bosan juga. Feeling soo lethargic actually. Maybe coz I've been sleeping too much during my holiday..it's making me feel sangat lembab!

Back in Uni days..there were days when I did get bored. But mostly due to the fact that I was broke and unable to go anywhere but stay in my room. But there was always something to do or something going on. If i were to have the benefits that I have today (money, internet, car) I'd prolly wish for more time in the world. Now..I just wish for something interesting to do.

That reminds me..I need to shop for clothes..I can barely fit into the stuffs I have now.But I am soooo lah lazy to go shopping! Like that oso can??? Dulu takde duit pun nak shopping..skarang ada duit and KENE shopping pun tanak shopping...what have I turned into??????

Sebetulnya..takde geng shopping. Dulu kengkawan hantu shopping..takde duit so aku pun window shopping je la. Tapi bagusnya window shopping ni..membuatkan aku set target...apa barang aku mau beli..coz I'm the kind of shopper who goes into the shop..get what I want and leave..I dun like browsing thru stuffs..I let my gurlfrens do that..*sigh..missing the good 'ol days*

Ok..my takde idea post has become soo long winded!hahaha!the voice inside my head suddenly has so much to talk about. Been a while since i've let the voice in my head be heard. But i shall stop. Til I have something better to post..chalo!

*still haven't done a post on shoes I own..hahah!malas nak amik gambar..plus it'll show just how un-ladylike I am...:P I have lesser shoes than peah and shafik (ye ke?mungkin aa)!how pathetic can i be?hahahah!*

Dec 12, 2008

Mari Kita Renungkan

A few things yang aku notice lately..

1. Kenape banyak teman2 aku suke update blog time keje?

2. Dah la tu..at the same time kami ber YM bersama-sama...tak cukup YM..kat comment box dah macam chatting..

3. Kalau tak online..sms rindu dihantar..

4. Tapi berjumpa untuk minum kopi...jarang sekali

Wey..kenape kita cyberworld sgt ni weyh?

Sape terasa sile respond!

*aku masih menunggu donut aku!

Sebab Aku Bosan

Tag daripada Ustad Hajime.

Walaupun dia tak directly tag aku..tapi sebab aku buhsan kerana sudah banyak kerja di ofis yang aku dah buat, plus dah lama aku tak update blog, Nah! and also sbb "HAJIME!!MANA KAU?LAMA TAK YM nehhhh!!!huhuhu!"

Rule 1
People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

Rule 2
Tag 6 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.


1. Do you have secrets?
Victoria's Secret!haha..ada..mestila ada secret..

2. Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?
ini untuk rujukan masa lampau ok..why not..as long as he shows enough maturity. kadang2 laki lagi tua pun ada gak tapi tak matured..ape kes?

3. Do you enjoy going to college?
soo much that i tried to stay as long as i can!haha! 7 1/2years bebeh!

4. What would you do with a billion dollars?
50% simpan savings and invest, 50% lagi travel ke merata dunia, shopping dan sedikit untuk open table untuk kawan2 kat Fatty Crab - kedekut kan aku terhadap kawan2..pedulik hape. Dari ada kawan cakap nak belanje donut tapi sampai sekarang lobang donut pun aku tak nampak!hahah! Cepat!sape yang makan cili cepat terasa!!!

5. Will you fall in love with your friend?
He was my friend before he became my bf-->hubby now..:)

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Being loved...and loving that person who is loving me too!hehe!

7. List 5 current favourite songs:(for now)
Aku Bukan Untukmu - Lah and Zaf of VE
What a Difference a Day Makes - Jamie Cullum
Officially Missing You (remix) - Tamia feat. Talib Kweli
Stop - Spice Girls
You to Me are Everything - The Real Thing
*ye..byk lagu lama..aku dah tue ok!

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Lupakan saja...it's not worth it. If he leaves someone else for you, what makes you think he won't do the same to you.

9. List 5 favorite TV shows
Nigella Express
The Nanny
Doc Martin
Ninja Boy
Little People, Big World


10. Do you have any regrets?
I do..but I don't. Mistakes done in the past has made me into who I am and brought me to where I am today. And I'm pretty happy with who I am and where I am today.

11. Would you be the person that you are if you were to be reborn?
Depends. If the course of my life were to be like how I have gone through..maybe. But I might be a different person if my life experiences were to be altered.

12. What do you want the most at the moment?
Be a housewife without my hubby worrying whether he can afford me not working or not.

13. What kind of person do you think the person that tagged you is?
A person who's been MIA on me for quite sometime. But ni nak emo sikit..he's been a very good friend to me through my Uni years and geng Magis yang best!

Wey Jime!!Sudah2 la pegi kursus tu!!!

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married but poor..wouldn't miss being married to my hubby for the world!

15. What is your favourite color?
Yellow, Pink and White..but recently have build a liking for Green too.

16. Would you give all in for a relationship?
Yes..Kasih sayang yang tak terhingga dan berbelah bahagi! Chewahh!!

17. If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?
The one that has a future with me.

18. What are the top 5 bands that you listen to or love?
Spice Girls
VE
Pussycat Dolls
entah..aku banyak suke solo artists la..how?


19. Name 3 things you would like to do but never able to.
Bungee Jumping
Be a Professional Dancer
Fly


20. People I have tagged
aku taktau sape yg dah kene tag or buat... so sesape yg bace ni... n x buat lagi... sile buat! *kopipes jawapan jime..

Dec 4, 2008

Perempuan En. Sabri

Jam baru pukul 7.30am..aku tgh tido sambil peluk suami yang kurang sihat. Macam mana aku tau kol 7.30am? Baru je tekan snooze button pada alarm aku.

Tetibe...terdengar bunyi lagu 'Funky Bahia - Sergio Mendes' berkumandang kat ruang tamu..

"Bie..phone you" rungut suami..aku malas nak angkat..biarla. Kalau important dia call balik. Tak tau ke aku still tido..

Telefon kembali sunyi. Dalam hati berkata nasib baik bukan phone motorola..kalo tidak mesti tiap 2 minit berbunyi reminder utk missed call atau sms yang masuk. Annoying ok!

Tetibe lagu Funky Bahia kembali berkumandang lagi..demit! Aku gagahkan jugak bangun "This better be important!" rungut aku..

Tgk skrin telefon..nombor yang aku tak store dlm phone aku. Tapi aku mcm pernah nampak..

"HELO!" jawabku marah..

"er..En Sabri ada"

Demit..pompuan ni lagi..dah bape kali dah aku cakap kat dia wrong number..this is not the first time she called..she has been calling me a few times over the last month..

"Bape kali nak cakap..awak salah nombor!!" aku letak phone..

Dah tak bole tido..jantung berdegup dgn kuat sbb hangin! Tetibe phone bunyi lagi...nombor yang sama..

"Ey! Ni bukan nombor En. Sabri la! Saya tak kenal En. Sabri!"

"AWAK JANGAN NAK MENYAMAR! SAYA DAH KENAL EN. SABRI DAH 8 BULAN DAH! KALAU AWAK NAK SANGAT, AWAK AMBIKLA!!"

erk...apehal pompuan gila ni?

Suami di sebelah terjaga.."Kenapa bie?" Aku pun repeat balik apa pompuan gile tu cakap..

"Sebenarnya Bie..I lah En. Sabri" kami berderai ketawa!

Ni kisah benar ok!jadi pagi tadi..Hangin aku! Ni la musibat kalau pakai the same phone number for almost 10 years..I should've stuck to my old habit of changing my number almost every 6 months. Selalu sangat dapat phone call dari org pelik2 ni..

I have kept this psychotic woman's phone number. In case she calls me again and harasses me with her 'En. Sabri'..I'm making a police report and get the police to tell her off! Aku mak buyung laa...takde masa nak ada affair dgn 'En. Sabri'..hell I don't even know anyone by the name of Sabri except for my Ustaz back in TKC..and even so..he has passed away...

I pity the woman..kesian kene tipu dgn En. Sabri..whoever he is to her. But it still doesn't gives her the right to call me at 7.30 IN THE MORNING, BITCH! Aku dah cakap wrong number..wrong number laa...kenapa tak call je En. Sabri tu? Yang nak call jugak aku apehal?

And to En. Sabri..dude..sort your women out and leave me out of it! BASTARD!

*cranky bile org call time aku tgh tido!*

ps: Aku apdet sikit. Shapik dan Buih buat profile untuk en. Sabri. Sila klik Siapa en. Sabri? dan Apa Kejadahnya ini En Sabri?

*disclaimer: sumpah aku tak kenal en. sabri! aku siap tanya suami.."I ni sempat ke nak ada affair dgn org bie?" Suami dgn penuh kasih sayang mengatakan tidak. And plus..IF en. sabri is like how Shafik and Peah profiled him to be..I would be CRAZY to cheat on my suami for a guy like that..and I'm not that kind of crazy..Suami I LOVE YOU!*

*disclaimer 2:saya mintak maap kepada para pembaca yang ber 'bin' atau 'binti' kan Sabri..aku takde affair dgn bapa kamu.dan aku tak berniat nak menyebabkan kamu rasa bapa kamu ada affair dgn perempuan gila itu.dan saya harap kamu semua menerima profile2 yang dilakukan sebagai bahan lucu yang tidak berniat untuk menyakiti sesiapa..sekian...*

*moral of the story..kalau anak aku keluar lelaki..you can be sure his name WILL NOT BE SABRI!! :P*

Dec 3, 2008

Fatwa-fatwa akan Datang

*disclaimer: this post was not written by me but merely from a forwarded email i received. Just thought it would be an interesting read. Although some sounds insanely unrealistic, but if any of it do become true then it's really sad...sad to think that our own 'brothers & sisters' has no faith in us in keeping our faith*

An article by a Malaysian muslim on the recent ban by the Fatwa council on yoga

Subject: Fatwa-fatwa yang akan datang - Please read

Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on. Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :

Disember 2008
Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam renang awam, akan terdapat orang-orang yang bukan Islam yang memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi). Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.

Januari 2009
Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila seorang Islam berada di Pulau Pinang, beliau mungkin terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau Pinang. Orang Islam yang kini tinggal di Pulau Pinang akan diberi elaun pindah sebanyak RM 3000 untuk membantu mereka berpindah ke negeri-negeri yang lain. Perpindahan ke negeri Kelantan dan Terengganu amat amat digalakkan.

Februari 2009
Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer tidak mengandungi alkohol, namun perkataan "beer" ini boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa was-was. Ginger beer juga diharamkan.

March 2009
Orang Islam dilarang memakan di kedai Mamak. Walaupun mamak kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah India dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur India di dalam perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai seluar dalam buatan India. Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka, mulai 1 Mac 2009, orang Islam dilarang dari memakan di kedai mamak (kecuali Tun Mahatir kerana dia sendiri mamak kelas I)

April 2009
Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis. Ping pong berasal dari negeri China dan oleh yang demikian, mungkin terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism di dalam permainan ping pong. Ornag Islam yang terlalu banyak bermain ping pong akan terjejas akidah mereka. Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain sepak raga (tetapi bola raga mesti buatan Malaysia, bukan dari Thailand).

Mei 2009
Orang Islam yang berkerja dengan kerajaan dilarang mengambil gaji masing-masing. Ini kerana sebahagian besar pendapatan kerajaan adalah cukai pendapatan yang dibayar oleh syarikat-syarikat orang bukan Islam. Orang Islam digalakkan meminta sedekah dari orang Islam yang lain. Untuk memudahkan permintaan sedekah, bakal peminta sedekah digalakkan mencangkung di hadapan bangunan UMNO.

Jun 2009
Orang Islam dilarang keluar negara. Terdapat terlalu banyak godaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah orang Islam. Perkara ini telahpun dikaji dengan teliti hasil lawatan sambil belajar ke Bangkok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. Oleh yang demikian, orang orang Islam diminta menyerahkan balik paspot masing-masing ke jabatan immigresen secepat mungkin. Perjalanan keluar negara hanya dibenarkan untuk menteri-menteri dan orang kuat UMNO sahaja, itupun hanya jika diiringi oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Julai 2009
Orang Islam dilarang berfikir di waktu siang. Kebanyakkan masalah jenayah dan maksiat wujud kerana orang-orang yang tak ada kerja berfikir yang bukan-bukan. Untuk membenteras maslah jeneyah dan maksiat, orang-orang Islam mulai 1 Julai 2009, dilarang dari menggunakan otak mereka diwaktu siang. Pemikiran mereka akan dipantau oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menggunakan sekumpulan specially trained monkeys. Orang Islam boleh menggunakan otak mereka di waktu malam tetapi pemikiran dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan dengan makan dan minum sahaja.

Please do not laugh. Many of the above will become a reality if we do not do anything. The rational-thinking muslims in this country are simply not doing anything. We let a very small minority of narrow-minded idiots to control our lives.

We, especially the Malay muslims, are fast becoming a laughing stock worldwide. We are obsessed with the little little things. When there are so many important things remain to be done, why must the Fatwa folks spend their time on little things.. tomboys, yoga, etc, etc. Why don't we ever hear anything from the Fatwa folks for social justice, eradicating corruption and poverty, protecting single mothers, helping the poors, educating the ummah, protecting the environment or ensuring fairness in society.

If you are a rationale, forward thinking muslim, please speak up. If you choose to remain silent, it only means that you agree with whatever is happening. And do not blame the non-muslims for all our troubles. We are asking for it.

Bukhari Hood
Shah Alam

Ditujukan kepada Rockstar dan Hajime Kindaichi!

Demmit! I've never had to go thru a day at work where I don't 'curi tulang' and YM with my pals..in between work of course *kaver line sikit!*

But today..SEMUA TAK ADA!!!!!!

ai het yuh all!! *rockstar style*

sampai hati biar aku kesepian dan kebosanan di opis!

*ye!ditujukan kepada cik rockstar dan ustad hajime!*

kurang asem aaa kamu ni semua!aku nak gosip ngan sape camni???

*stress..xtau macam mana nak buat waktu bekerja bergerak pantas!i might have to actually DO some REAL work..dem..*

Dec 2, 2008

Macam Sama Tapi Tak Semua ok!

*plagiat kopipes dari cik elsa

August
Outgoing personality. takes risks. feeds on attention. No self-control. Kind hearted. Self-confident. Loud and boisterous
*sangat AKU kan?*. VERY revengeful. Easy to get along with and talk to. Has an 'every thing's peachy' attitude. Likes talking and singing. Loves music. Daydreamer. Easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. Loves to be loved. Hates studying *haha!explanation yang sangat tepat!sbb tu aku lambat abis blaja!* in need of 'that someone'. Longs for freedom. Rebellious when withheld or restricted. Lives by 'no pain no gain' caring. Always a suspect. Playful. Mysterious. 'charming' or 'beautiful' to everyone. stubborn. curious. Independent. Strong willed. A fighter.

Aku selalu impress dgn bende2 cenggini walaupun aku tau bende alah ni adalah syirik kalau percaya..pernah jugak aku terbaca kat newspaper ada ulama cakap kalau bace je horoscope dah kira syirik. Tapi tu cerita lain. tujuan post aku ni lain...

*tapi aku suke baca horoscope..takde la percaya, cume kelakar dgn the similarities sbb baca horoscope at the end of the day (kadang2 newspaper semalam :P)..bukan dari pagi hari. coincidence je tu..bukan sbb horoscope kejadian2 tu terjadi*-->Ustad HAZIM tak bertauliah cakap macam ni tak syirik..hehe (cam sial je aku kene ceramah pepagi selasa oleh jime!) tapi jime..janji kita tak taksub dgn bende2 cenggini kan??kan??kan??

AAAANYWAYY...back to this personality orang bulan August ni..part yang VERY revengeful and mysterious tu I have to say I disagree..kuat berdendam kah aku ni?tak aa...berdendam tu ada laa..tapi takde la kuat. aku lagi percaya pada karma daripada nak berdendam-dendam ni. So far karma has been very FAIR..both to me and to the person yang menganiaya aku. *ye..aku pun sekali sekala ada 'terkena' karma sendiri sbb aku pun tak perfect ok!* Bab mysterious?hahahaha!!if you know me well you will know that I am NO WHERE NEAR mysterious. Very predictable adelah!heh!

Part Always a Suspect..that I have to agree...mungkin sbb aku ni kepochi sikit..so kalo ade bende yang tak kene je..mesti AKU la penyebabnya!haha!teringat zaman kat 2nd College dulu...cam sial je kene tuduh 'jadi naga' dalam bilik member..padahal..I was not even in the room. In fact I was not even IN THE COLLEGE!biasala mentaliti org yang kuat berdengki dgn kami2 yang 'perasan hotstuff' *padahal diorg yang gelar kitorg camtu!*

tapi takpe..seronok bila ingat balik..stok buat gelak aje bile melepak ngan my gurls yang mereng tu!haha! Click here and here for more insights about my mereng gurls!

yang lain2 pasal august baby nye personality tu...banyak betul la..korang jgn taksub perangai aku camtu sudah..nnt syirik ok!

*charming and beautiful to everyone!hahah!yeee lah sangat!*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...