Jan 30, 2009
New Addiction..:P
Sorry suami..I love you!!
psst...to those who plays FashionWars..please add me to your posse..*wink*
*esok saya tidak bekerja pada hari Sabtu!wheeeeeee!!!bole rest kapla setelah kene audit dek SIRIM..and oh yeah..we can keep our ISO 14001 cert!!!!!!!double wheeeee!!!*
Jan 28, 2009
Aku Benci!
Jason Mraz - 4th March 2009
Kenape aku tak boleh pegi???
sigh..the sacrifices I have to make to prepare for motherhood................
And suami kadang2 likes to rub it in sebab dia dulu study kat US..concert Usher laa..Metallica laa..tah sape tah..yang selalu mengundang untuk muka aku jadi monyok.
Korang mesti ramai yang akan pegi kan? Pastu mesti cerita kat blog kan? Takpe..nanti aku mogok dgn tak hapdet blog selama aku dalam pantang (ceh..macam ade je yang pedulik kalo aku hapdet ke tidak..:P) Pastu gambar anak aku tak publish kecuali ada orang nak bayor royalti!huahuahua..(hape ingat anak aku cam anak Brangelina ke..:P)
Saje emo..sebab esok ade audit SIRIM. Macam banyak je bende nak buat tapi macam tak jugak. Tahle...
Jan 23, 2009
Career Morphology
Sebenarnya gambar last sekali tu bukan rupa aku setiap hari ke ofis...huahuahua..takde masa aku nak bercantik-cantik pergi kilang sampah.heheheh! Tapi tulah...the fun kinda depletes as the salary increases!
Jan 22, 2009
Boleh Ke?
Question is..you have seen my latest photo...can I go back looking like this again post-baby???Well not dressed like this or go to the same place in this photo (No prizes for guessing where this is)..But at least to be able to fit into that teeny-weeny skirt I was in solely for suami's amusement..hehehe!notty..notty...
Boleh ke?
Untuk kengkawan aku yang keji (u know who you are!) YES..that is ME in the photo!huahuahua..sebelum korang cakap pape..aku cakap dulu..korang mmg keji!
*banyak sey gambar lama aku dulu..takdela huduh sangat aku ni rupanya...huahuahua...cuma selalu terjebak dgn org yang tak sepatutnya..what to do..it's in the past..janji tak repeat...*
Jan 20, 2009
Blog Keji
To those who would like to view it..please YM/msn/Googletalk me your email address. If I think you suit the bill to view my 'keji' thoughts, I will send the invite.
Will still maintain this one but there are certain things I'd like to keep private.
Ni dah bukan komen moderation dah ni...huahuahua!
Jan 14, 2009
Tips Suri Rumah 1
Pasni cantikla almari..baju sume sama size aje tersusun...Nak susun ikut kaler..itu kamu kene tanya cik beeps kita. Dia expert susun baju ikut kaler...serious almari dia time blaja dulu macam kedai jual baju...
*suami saya tak pandai lipat kain.nnt saya nak test bende ni untuk dia...*
*ok peah..aku tak email dah kau pasni!aku blog aje..*
Jan 10, 2009
The Gift
Meet my precious little green. It's a 2004 Nitro 150cc..Although the original bike that I wanted to get was something else.I wanted the one on this post..tapi..bersyukur weyh..
So sementara saya masih seorang mak buyung..little green (which will be turned into little yellow one day) is in the hands of dear suami. Suami yang pada mulanya tak berapa minat dgn scrambler..sekarang sudah berubah pendapat. Mungkin kerana membernya juga telah membeli sebijik scrambler..
Meet Mr. Aprillia 125cc. Jangan terpedaya dgn ccnya yang lebih kecil dr Nitro ku. This one has better pickup (but a wee bit noisier than my Nitro) and A LOT bigger than mine. We're housing Mr. Aprillia for the mean time sbb member suami takde tempat nk simpan motornya. Suami lebih excited daripada kedua-dua pemilik motor2 ini. Macam dia punya pulak..:P
Cantik kan? Can't wait to go for my first ride..(but i need to get my license first..plus I need to learn how to ride it too!heheheheh!) Yes...I have never had a feel of my 'Azroy' bike yet. Suami beli masa saya 4 months pregnant..(mcm sengaja je...) padahal..dia dah meng'Azroy'kan diri merata2 sejak mendapat motor ni...Takpe..Patience is a virtue..Pasni aku jadi Angelina Jolie..percayalah....
Tetapi buat masa ini..aku redha digelar Mak Buyung sahaja.......
*yes..that's me..25weeks pregnant...now you know why I don't want to take any pictures so shut up!*
Baby Yawns - Week 25
Had a bit of a scare and an infection last week. MC 4 hari woo..heheh..that's why I haven't been online or blogging coz I was at my in-laws. Although all I did during those 4 days was eat, sleep, eat, sleep, eat, sleep (was ordered to bedrest) Couldn't go online coz there was no internet connection at my in-law's.
Check-up 2 days ago went well..The baby is fully formed and alhamdulillah everything looks ok..he even Yawned when doc was scanning my belly :). Kicking and punching tak payah cerita..ni pun tgh mcm havoc je perut aku dia dok bergerak. A few details I know about him now..(apart from the fact that it's a BOY) and a bit about the mommy la...
1. My weight now - 66kg!!!!!! (tapi pre-baby aku mmg dah berat..56kg..*nak sedapkan hati je kunun*)
2. Baby's weight - 867grams
3. His heartbeat is not so fast..as he grows his heart rate reduces because of acid apetah doctor cakap aritu :P
4. Although he's fully formed, he can't open his eyes yet sbb ada selaput kat mata dia.
5. Might go for 3D scan in 2 weeks time. With 3D scanner I can see him as if I'm taking his picture when he's out. Will be able to see him in full detail clearly.
6. He's not very chubby sbb lapisan lemak kat badan dia tak tebal. Mebbe coz I don't drink milk sgt kot..
7. I eat like a pig although I'm always in denial about it! :P
I think next month he starts burping kot since his voice box will be in full form. Well..I've never been someone yang particular about details so I didn't ask that many questions. Except that I will have to go for an ante-natal class with hubby one of these days and need to drink more milk (malas betol!). Other than being the lazy pig that I am..I am perfectly fine.
Time seems to fly though. Nowadays I feel as if I don't have enough time in the day to do stuffs. Other than tak larat and movement is slower than normal..tak sempat. Sedar2 dah ngantok and tido aaa. Need to meet up girls before I burst, need to buy baby stuffs (nanti baby's Wishlist *keji* akan aku keluarkan kat blog aku k?), need to prepare the baby's room..sigh..Have about 3 months left to do all that. Mcm tak sempat.
Picture of the baby now? Tunggu la dia keluar. Gambar scan dia ni tak nampak apa pun. Picture of pregnant me?heheheh....malas nak amik gambar. Tgk la. Kejap lagi aku suruh laki aku amikkan. Org kata kalo perempuan mengandung anak lelaki, dia selekeh. Betul cakap orang tu..walaupun aku bila tak mengandung pun selekeh..Tak suka la amik gambar. But we'll see..
*Ahmad Suhaimi of Subang..or Nany..if you're reading this..Nak job tak? Thought of taking pre-baby photos of me and hubby while I'm pregnant..Simple black and white potraits of us. Ke ada org lain volunteer nak jadi photographer?*
*ye..saya kerja Sabtu ni!*
Jan 6, 2009
Makna Bacaan Dalam Solat
Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..
Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manusia.
Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .
Adakah kita Tidak mengenang Budi Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan memberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya.
Jadi di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan.
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah,
ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku
dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai tuhan ku,aku tak layak utk ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Saya telah mencilok dari Sapik yang telah mencilok artikel ini dari blog ini http://nannoor.blogspot.com/
*Happy New Year everyone. Hopefully we'll become better people than we were before..Sorry lama tak update. Was ordered to bedrest by the doctor due to some unwanted events. Am back and will update more soon. Just wanted to start the new year's in a different note but it doesn't mean that all of my post will be like this. It's just nice to share and be reminded once in a while..take care everyone...*
*BTW..am in my 24th week now - 6 months! The baby is really coming soon and IT'S A BOY!!!!*