*sedang berusaha sedaya upaya untuk menulis blog dalam bahasa malaysia yang sempurna..*
Hasilnya, Cik Rawkstar bercita-cita menjadi Samantha Brown, manakala En. Buih ingin menjadi Horatio Caine...
Saya?
Dia ni..ataupun..
Dia ni la..
Kenapa saya mahu menjadi mereka???
Yang berambut perang itu merupakan pewaris hotel terkemuka dunia dan yang berambut coklat itu pula merupakan seorang anak kepada peguam terkemuka di Amerika Syarikat (peguam OJ Simpson). Mereka adalah lebih dikenali sebagai 'Socialite' kerana mereka terkemuka bagaikan seorang artis, tetapi tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun sebagai pengacara atau ahli sukan.
Hahaha! Cita-cita aku yang SANGAT BIMBO! Tapi tentu seronok menjadi seperti mereka..kedua-duanya mempunyai rancangan realiti tersendiri, menjadi duta untuk pelbagai barangan atau produk (maka mempunyai banyak penaja untuk menaja cara hidup mereka walaupun duit bapa mereka dah cukup nak kasi makan semua orang yang sedang kelaparan di Afrika!) dan sentiasa dijemput untuk menghadiri pelbagai majlis-majlis sosial di seluruh DUNIA!
Jika saya adalah mereka, hari-hari saya hanya perlu bersolek (itupun saya akan mempunyai ahli solek persendirian untuk menyolek diri saya!), pergi membeli belah (kemungkinan besar mendapat pakaian secara percuma kerana saya adalah seorang iklan yang bergerak..) dan bersuka-ria sepanjang masa....
Jika saya ingin melancong, Samantha Brown sudah menawarkan diri untuk menjadi rakan baik..Sekiranya saya menghadapi masalah papparazzi..Horatio Caine kan kenal saya..tiada masalah!!
Oh bahagianya hidup ini!!
*nah anies!!entry aku yang tak berbau keibuan atau mengenai anak aku!!hahahaha!agak2 boleh dapat A tak untuk BM kalau buat exam??*
*ni la akibatnya banyak sangat bersembang ngan org bosan bekerja pada hari Jumaat! Esok sabtu!!yeayyy!!!*
ngahahahhaha. Samantha Brown paling cool.
ReplyDeleteai rasa horatio caine akan rasa dia lebih cool dari samantha brown...
ReplyDeletehehehe... saya rasa kamu sgt seswai jd socialite, sha...
ReplyDeleteor shud i start callin u sasha hilton or kasha kardashian perhaps? :D
boleh!boleh!!
ReplyDeletethat's hawt! *gaya paris hilton..*