Sep 14, 2009

dah nak raya ni wei!

Hari khamis ni aku dah balik kampung...PANIC!PANIC!

Kenapa panic?
1. Kerja banyak nak kene settle. Balik je dari raya..dah company dinner!dem!
2. Duit raya tak tukar lagi!

Jadi sekarang, sambil melawan perasaan loya nak muntah (yea..morning sickness dah bermula)..aku buat list nama anak buah aku. Ni mmg stail family aku. Duit raya kasi ikut nama kat sampul. Supaya tak tersalah kasi, dapat mengikut sepatutnya dan tak tertinggal sape2 ataupun tak terkasi 2 kali..(aku masa kecik selalu beratur mintak duit raya ngan aku tok ki aku at least 2 kali. Kali ke-3 adalah bodek baekkkk punya!)

Family aku besar..especially sebelah mak aku. Adik beradik mak aku ada 7 orang, dan masing2 ada anak at least 4 orang, dan ada antara anak2 tu yang sendiri dah beranak, juga at least 3 orang (side bapak aku lagi ramai sebenarnya, adik beradik dia je dan 13 orang. Tapi kitorg tak berapa rapat macam dgn side mak aku). Aku buat family tree baru korang bley paham tahap ke'ramai'an diorg. Dan kami semua rapat macam adik beradik.

Tahun ni beraya kat kampung aku. Bile time nak kasi duit raya..bersiaplaa nak kene serbu. Kalo tengah duduk kat posisi yang tak kukuh, silap haribulan boleh terbalik jatuh kerusi. Dan kalau suara anda tak cukup kuat untuk cakap "BERATUR!!!"..nasib laaaa kene stampede anak sedara dah kazen-mazen.

Duit raya untuk anak buah aku bukan limited kepada anak saudara dan anak sepupu aje..sepupu pun aku kene kasi. Nak buat cemne...sepupu pun ada umur baya2 anak buah (ye..family aku produktif..ikut cerita aku pun kau dah tau aku produktif!)

Jadi aku bakal bankrupt. Tapi kami kazen2 yang dah naik pangkat jadi PEMBERI duit raya ni kerjanya lepas dah kasi duit raya...pow balik dari bebudak yang PENERIMA duit raya tu tadi!hahaha! Konpem kene paksa beli aiskrim McDonalds seround!

Seronok pulak bila pikir dah bank balik raya ni. Pulak tu tahun ni ramai sedara mara balik ke kampung yang sama. Plus, bonda ku sudah kembali bermastautin di rumah arwah tok dan tok ki aku..jadi expectation aku untuk raya tahun ini adalah seperti aku beraya masa aku kecik2 dulu. Konpem meriah! Sebab bonda ku adalah anak sulung antara adik beradiknya, so dia dah serupa tok semua orang la. Kalo sempat aku hapdet time raya nnt ok?

Tak tau aku akan ada inspirasi nak update blog sebelum raya ke tidak..kut2 tengah meriah nak prepare beraya, takde masa. Jadi aku nak ucapkan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!

Mintak maaf laa kalo ada entry2 aku yang menyinggung perasaan ke..untuk kengkawan aku yang tersayang..mintak maaf tersalah kata, tersalah ambil, pinjam tak pulang, makan tak bayor, janji tak tunai...kira halal ekk...aku pun maafkan korang sume..

Berhati-hati di jalan raya dan kalau buat open house sile laaa jemput. Aku tak sure buat ke tak..tapi kalo ade, nnt aku ajak laa sape2 yang patut!heheh!

4 comments:

  1. hari tu masa jumpa kat ayam golek rasa awal sangat nak wish raya...

    tapi aku rasa tak dan nak jumpa dah before raya...

    selamat hari raya la makcik..you take care...

    and aku dah boleh main dah lagu Ash tu.

    ReplyDelete
  2. en. buih!!
    chantekkkkk ahhh!!!bile nak buat presentation?hehehe...ke nak put on air je terus?saya mau live performance aaa..

    ReplyDelete
  3. wah... aku pon tgh semangat nak rayaaaaa.... heheheh...dulu aku paling suka sampul raya ader nama.sebab aku antara anak buah yg tertua..so jumlah duit mesti paling top..

    sekarang bile time kene bagi duit raya aku tak suka pulak sistem sampul ader name nih...

    anyway...selamat hari raya sha!

    ReplyDelete
  4. hahah!takpe pi...anak buah kau masih dibawah tahap terkawal! takde nama pun ok.masih mampu memberi.bile dah ade anak buah serupa aku...tak dapek jack..and mmg tak best kene kasi duit raya...

    tapi nasib aku masih baik..FIL dan MIL masih memberi duit raya!!hahaha!harap2 suami kasi duit raya yang boleh buat aku 'kembs' juge!

    selamat hari raya to you too babe!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...