Dec 30, 2008

Tag oleh En. Buih


En. Buih telah tag aku. Sebab dia belum balas komen yang aku tinggalkan kat blog dia, maka aku assume dia tag aku sbb dia bising aku dah jarang update blog aku. Mungkin ini cara dia nak motivate aku update blog. *Peah..tangan aku still sampai keyboard ok!*
Ayuh..kita teruskan dgn tag ini..*byk lagi keje nak buat tapi layan sudah!*

1. Senaraikan 10 perkara ttg org yg tag kamu

i. Dah kenal agak lama..dah nak masuk 10 tahun aku kenal kau Peah..since aku kat Asasi..
ii. Dahulu kala dia merupakan teman hora-horey. Gerakan besar-besaran selalu dijalankan bersama-sama dengan bebudak Subang yang lain. Merata kami pergi..melihat bapuk di Jalan Haji Taib, mencari hantu di Kenny Hills, melepak di Naili's Sentul, bergaduh di 14 PJ, main futsal (walaupun aku hanya berfungsi sebagai cheerleader), Planet Hollywood celebrate bday sapetah, HRC celebrate Bday aku!(time tu zaman miskin..tah mcm mane bleh celebrate tempat mahal..) but most of the time melepak merata di Subang Jaya.
iii. Peah..you took me out to Lake Club and HRC once. I requested lagu 'Creep-Radiohead' for you kat HRC..but you have forgotten..penat aku berlaku sweet utk kau..tapi kau lupa. :(
iv. Sangat BEST untuk di hug..
v. Dulu dia iras Winnie the Pooh..sekarang dah upgrade jadi Po..tapi azamnya tahun depan hendak SEHEBAT Po pulak...kesimpulannya dia SANGAT comel.

Gambar dicuri dari blog En. Buih



vi. Budak Subang yang belajar kat Koleq

vii. Teman blog dan chatting aku yang regular sekarang since dah jarang lepak di 15 seperti dulu.

viii. Suaranya lunak..gaya2 penyanyi Creed+Pearl Jam..aku ada sampel lagunya dalam playlist aku tapi tak reti nak attach kat sini.

ix. Suka bermain futsal bersama rakan2 Subangnya yang lain.

x. He's a great friend and was there in some very trying moments of my life. Always able to make me smile and laugh. Ai laf yuh Peah! *hugs*


2. Tuliskan novel kegemaran kamu
Belasah je pape novel yang aku rasa best nak baca. Suke baca novel yang ala-ala diari..biasa la..penyebok!heheh! But lately ni banyak suke buku2 from Paulo Coelho and Mitch Albom.

3. Listkan 5 bende yang kamu sayang
susah ni..aku tak banyak harta.. since orang bukan bende tapi aku cuba..
a) Jam kahwin aku
b) Cincin kahwin aku
c) Henpon shake shake aku tu..
d) Kasut Crocs aku yang tak lama lagi akan di condemn Peah coz it's SO 2008! dem yuh peah!
e) Blog ini.

4. Who I want to tag
Anies, Sapik dan Hajime!

Dec 29, 2008

Awal Muharram..

Aku tau aku loser sebab selalu bekerja pada hari Sabtu..tapi ini adalah BAPAK segala LOSER..I'm working on AWAL MUHARRAM! Siap accept customer dtg audit today lagi..

Pepagi dah kene bambu ngan boss apsal accept audit on a Public Holiday..Dah ko suruh aku keje on Public Holiday..aku buat la keje seperti aku tidak Public Holiday!..aku hangin..

Tapi bestnya dtg keje arini...takde jem. Kalo hari2 pegi keje macam harini..saya boleh gembira.

*sebenarnya sangat keciwa..at least hari Sabtu aku keje Half-day..ni FULL-DAY ok...sob..sob..*

Pastu..I am in my 24th week this week. Had a scare over the weekend. But it turned out to be just an infection. But still a scare..Anak aku terlampau active..berpusing sana-sini..bila di scan dia tendang scanner..gangster..mcm bapak dia..*mak dia samseng-tak-jadi je ok..*

But kaki dan tangan sudah mula membengkak. Water retention. Sakit dan berbisa bila cuba digerakkan. Tak boleh berdiri lama2 sbb kaki kan bengkak dgn lebih teruk. Sabar Sasha..Sabar..pejam celik dia dah nak keluar dah ni..Orang cakap tak lama lagi..satu badan termasuk muka2 sekali akan membengkak..sigh..Sapa cakap pregnant woman cantik..buta agaknya..

Saya confirm kelihatan seperti mak buyung. Jalan pun dah macam itik *Shafik! Don't start quacking ok!* Kalau sebelum mengandung pun kurang suka bergambar..inikan pula dalam keadaan yang sebegini...kalo aku amik pun aku simpan utk ugut anak aku cakap "Look how ugly you made me.."hehe..mungkin tidak juga...depends on how well-behaved my child willbe.

Shit..this Saturday pun aku kene keje???WTF...

Demla..kalo camni..azam tahun baru aku is to find a job that has a 5-working day policy or less and SEMUA public holiday yang terbabit adalah as what it is..a PUBLIC HOLIDAY!

*jadi housewife je laa..hari2 bekerja tetapi seperti bercuti..*

Dec 26, 2008

Whose Line Is It Anyway - Irish Drinking Song - Wrong Name

If you're a fan of this show, you'd prolly know how the show goes. This clip made me laugh til I cried..Muka Ryan cam celaka je tak bersalah! haha..Enjoy!



*aktiviti di Starbucks Alamanda sementara menunggu suami abis main beskal dgn rakan2 nya..*

Article Yang Menyebabkan..

hahahah..I dunno what to say about this..it speaks for itself..


*update pantas sbb bosan and dah lama tak update blog..kenapa saya bekerja pada hari ini dan esok?sbb saya loser tak amik cuti....*

Dec 23, 2008

Paranoid Suami..

Suami doesn't read my blog. To him Facebook makes more sense like his MobWars (his current fix..dulu Fighters Club) But I made him read the post I wrote about En. Sabri. He thought it was funny. But he also became very paranoid..

Now anytime he says something funny or does something silly/embarassing (which is often..:P) after he's had his dose of 'manja' from me..he will always say "Baby please jangan tulis pasal benda ni dalam blog you.." hehehe..tau cuak!hehehe!

Never knew blogging could give me such power....mwahahahahah!*gelak evil*

But I won't misuse my power. Will only reserve it for stories I feel I want to share with you people..Or when I think he has misbehaved..hehe...I love you baby!:P

*dia tak tau my blog traffic bukan la gempak pun...kenape nak takut..tu la..sape suruh tak baca blog bini! :P*

Dec 18, 2008

Only for My Puan S

My dear Sophie,

I know it was very traumatizing for you as per what happened to you on Monday and I feel partially at fault since it was my idea for us to get-together in Bangsar that day.

But my dear, I'm glad that you're ok. Please remember that's what's most important. It will take some time for you to get back on your feet but please my dear..don't let it take over yourself ok? I've been through the same scenario and I admit memula paranoid jugak nak jalan sorang-sorang. But take your time and try slowly. It will all be okay..insya-allah..

And remember that every cloud has a silver lining..perhaps it's a blessing in disguise. Maybe none of us can see why did this happened to you and there is no way anything good would come out of it..but insya allah..ada la tu nanti.

You take care ok and remember that all of us are here for you anytime you need us. You know where to find us.

Love you!
Sasha

*Sophie got snatched in Lucky Garden last Monday. Her full story at Ida's blog (click here). She's ok but kinda shaken by the whole experience. I hope she feels better soon. To everyone else, please be careful with your belongings especially if you're travelling alone. It's desperate times now..ppl do desperate things and sad to say any of us could be the victim. Always..ALWAYS remember that your life is more important than your bag or belongings ok? Be careful everyone!*
*teringat my own experience..I am VERY glad I'm still alive...*

Dec 15, 2008

What Kids Today Are Missing Out..

Was reading Elsa's blog about how kids nowadays are spoilt..but mainly because of the parents for giving in to the kid's whims and demands..I have to agree with Elsa. When we were kids..generally we didn't have it easy.

Was hanging out with a couple of friends yesterday and reminiscing time kecik2 dulu. The games we used to play..Selipar 3, Police & Thief (Police & Thief..1,2 jaga..Polis mati pencuri jaga!) Teng-teng, Kad tepuk, Bola chap..sigh..it was sooo much fun! And it kinda made us all wonder how did we manage to coordinate soo many people without handphones..

"Wey..esok kita kumpul kol 5..Sape lambat jadi polis!"

Time tu takde sape nak jadi polis..sbb tak bole nak ngelak..menjadi org yang kene kejar orang..gile tak best..pastu bile dah nak tangkap je Pencuri..ngam2 dia cakap "Chup twit!" Pastu selamber dia gi safekan member2 dia yang aku dah kurung dalam bulatan yang di lukis kat atas tanah...Penat tau!

Kalau main selipar 3..pakai selipar Bata yang kaler Biru tu. Pastu utk piramid pakai selipar Tat Sing sbb keras. Kalo selipar Tat Sing dipakai untuk lempar kat orang..nescaya mencari nahas!

"Wey! Jangan baling atas pinggang! Lagi tinggi dari pinggang tak kira mati!!" pastu lari bertempiaran...

Tu permainan co-ed..kalo perempuan bersama perempuan..kami suka main Zero Point..Jaguh lompat tinggi kami semua time tu ok..tapi benci bile budak laki datang kaco sbb nak curi getah kitorg utk diorg main permainan getah mereka *ada sedikit unsur judi di situ!haha!*

Tapi yang aku paling ingat..main Kad Tepuk dgn abang aku...selalu kene tipu..sbb saya tak pandai tepuk satu tangan..kesian tangan gebu ni merah2 tepuk lantai tapi kad tak terbalik jugak. Abang siap kasi can.."Takpe dik..ko tepuk pakai 2 tangan..aku kasi can..aku tepuk satu tangan je ok" Cis! Dia berani aaa cakap cemtu...hustler!Tiga suku collection kad tepuk dia berasal dari duit poket aku beli kad tepuk dari mamak jual roti petang2..sbb aku selalu kalah..tapi duit aku banyak..Pandai abang aku manipulate aku...

Bebudak arini..main PSP, PS2, PS3 dan segala jenis video game..langsung tak explore keindahan dunia..dan sangat teruk dalam time management...

Anak aku nanti camne? Aku nak jugak dia rasa apa yang aku rasa..tapi ade geng ke dia nak main game2 yang aku dok main masa aku kecik2 dulu? Silap2 haribulan..geng2 dia sume kengkawan aku yang tak sedar diri dah tua tapi perangai cam budak kecik...

Aku dah boleh bayangkan..leader of the pack main galah panjang...suami ku yang tercinta....

*Best kan dolu-dolu?Meriah je lari sana sini...sigh..*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...